Thursday, December 10, 2009

Salam kreatif dunia memasak

Memasak adalah satu seni malah ianya lebih merupakan satu kerjaya profesional yang semakin hari semakin mendapat sambutan. Seni memasak tidak hanya tertumpu kepada cara penyediaannya saja tetapi mengabungkan pelbagai aspek seperti aspek sains dalam makanan, penggayaan makanan selain asas penyediaan perlu ditekankan.

Apabila memperkatakan tentang masakan, pasti ramai suka membicarakan tentangnya selain berkongsi idea sesama sendiri. Sosek-sosek pasti kedengaran dalam mengomel hidangan yang disediakan. Klung kleng klung kleng !!! bunyi periuk kedengaran selain asap menusuk hidung menandakan dapur berasap.

Yang pasti, perkataan 'Chef' tidak lekang di mulut dan disebut berulang kali menandakan profesion ini telah mula mendapat tempat. Di fikiran pasti terlintas kelibat seorang lelaki bertopi tinggi yang sedang menyediakan hidangan enak untuk dihidangkan.

Namun, 'chef' ini perlulah bermula dari diri anda. Setiap orang yang dilahirkan perlu menjadi 'chef'. Tak kisahlah walaupun sekadar menyediakan maggi goreng atau pun maggi sup. 'Jiwa' memasak akan tercipta walaupun ianya tidak diundang. Namun, ianya perlu disemai, dibajai sebelum bergelar Chef yang berjaya.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment