Wednesday, March 10, 2010

Berlakon iklan tv

Percubaan pertamaku dalam bidang lakonan di dalam iklan tv yang pada mula sekadar ingin mencuba kelainan. Namun saya begitu teruja dengan cabaran baru ini dan sememangnya ianya begitu menyeronokkan.

Keyakinan diri untuk mencuba selain bantuan serta tunjuk ajar yang diberikan oleh Pengarah iklan (En. Erman) yang begitu berdedikasi dalam menghasilkan iklan yang bermutu tinggi. Malah ianya berjaya menarik minat penonton agar memberi perhatian terhadap isu yang dilakonkan itu. Ianya benar-benar meninggalkan impak yang begitu besar selain memartabatkan profession sebagai pemandu ambulan.

video

Monday, March 8, 2010

Buku Masakanku Terkini













Dalam menghasilkan buku masakan, bermacam-macam perkara bermain di fikiran selain kerisauan yang menyelubungi sanubari. Kepenatan fizikal selain mental amat terasa dan sungguh mencabar diri untuk merealisasikan buku sulung.

Syukur alhamdulillah.....lega rasanya segalanya telah berjaya disiapkan. Bukan satu tapi dua buku telah berjaya dihasilkan. Buku sulung berjudul Diet sihat dan mudah - salad buah dan sayur manakala buku kedua Diet sihat dan mudah - pembuka selera.

Sebanyak 47 buah resepi dimuatkan dalam kedua-dua buku tersebut untuk anda mencuba. Penampilan yang ringkas selain sentuhan moden dititikberatkan dalam menaikkan seri menu yang dihasilkan. Prop atau peralatan moden digunakan agar menu lebih menonjol selain meninggalkan impak di hati pembaca.

Terimalah buah tangan dari saya khas untuk anda. Semoga sokongan anda menjadi pendorong bagi diri saya untuk terus berkarya menghasilkan resepi-resepi bernas selain sentuhan yang bersahaja.